

Ramai tak tahu, bila kita dah habis bayar loan rumah atau tanah, itu baru langkah pertama saja. Ada satu proses yang ramai orang terlepas pandang, iaitu
Discharge of Charge – atau bahasa mudahnya, “keluarkan nama bank dari geran.”
Sebenarnya, bila kita beli rumah atau tanah guna loan, bank akan pegang geran sebagai cagaran. Jadi dalam geran tu, akan ada lebih kurang macam ni:
” Charged to CIMB Bank Berhad…”
Ini normal, sebab bank bagi pinjaman berjuta ringgit, mestilah dia nak ada “jaminan” kalau kita tak bayar.
Itulah silap faham yang biasa jadi.Ramai ingat :
“Oh, saya dah habis bayar loan… Jadi geran tu automatik bersihlah kan?”
Salah
Bank takkan keluarkan nama dia dari geran MELAINKAN KITA SENDIRI YANG MOHON DAN BUAT PROSES DISCHARGE.
Geran tu akan terus ada nama bank, walaupun loan dah setel sedekad yang lalu.
Kisah #1: Kak Zah ingat geran dah bersih..
Kak Zah, cikgu pencen dari Seri Manjung, Dia beli rumah waktu umur 35 tahun, dan syukur, dah habis bayar masa umur 55 tahun.
Tahun ni, anak-anak cadang nak buat hibah. Bila peguam minta geran asal.. Baru kak Zah perasan:
Geran masih nama bank!
Loan dah habis sejak 2016, tapi tak pernah urus discharge.
Mujurlah sempat urus. Kalau tak, susah nak pindah milik atau buat apa-apa dokumen pusaka nanti.
Kisah #2: Encik Fikri Nak Jimat Tapi Tersangkut
Encik Fikri tengah nak plan buat refinance rumah ke bank baru sebab nak kadar faedah lebih rendah. Loan baru lulus, tapi tiba-tiba urusan jadi slow.
Sebabnya?
Loan lama dengan bank A belum discharge
Nama bank lama masih ada dalam geran-jadi bank baru tak boleh nak tukar nama & buat cagaran baru.
Akhirnya terpaksa patah balik, urus discharge dulu. Kalau buat awal, proses refinance lagi smooth!
Dalam bahasa ringkas:
Barulah geran tu betul-betul jadi milik anda sepenuhnya – takde siapa boleh tuntut lagi.

�� KENAPA PERLU BUAT DISCHARGE?
✅Nak jual rumah?Kalau nama bank masih ada- tak boleh
✅Nak pindah milik kepada waris? Tersangkut
✅Nak buat hibah? Tak jadi
✅Bank lama tutup? Lagi susah nak jejak & urus
✅Nak refinance? Wajib discharge dulu
Biasanya proses discharge ambil masa 3 minggu hingga 2 bulan, bergantung pejabat tanag dan bank.
Kos dikenakan dalam sekitar RM900 keatas bergantung kepada kes dan charge bank.
Kalau rumah/tanah anda:
Ini masa paling sesuai untuk semak.
Sebagai firma guaman bumiputera berpengalaman dalam hartanah, kami di Zufaidi & Associates sedia bantu anda uruskan proses discharge dengan mudah & selamat.
✅ Kami urus semua dari A to Z
✅ Tak perlu pening fikir borang pejabat tanah
✅ Anda akan pegang geran yang sah – nama sendiri, tiada lagi nama bank
✅ Dan paling penting, hati tenang sebab harta anda memang betul-betul milik anda.Ramai tak tahu, bila kita dah habis bayar loan rumah atau tanah, itu baru langkah pertama saja.
Zufaidi & Associates
No 54 (Tingkat Atas), Jalan PPMP 7,
Pusat Perniagaan Manjung Point 1,
32040 Seri Manjung, Perak
Whatsapp : https://konsultasizufaidiassociate.wasap.my
Jangan tunggu sampai nak guna baru kelam-kabut.
Geran bersih, hati pun tenang. Jom semak status hartanah anda hari ini
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © Zufaidi & Associates. (1113654-T). All right reserved.