

Malaysia baru sahaja kehilangan seorang tokoh besar — Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5 Malaysia. Dikenali dengan pendekatan yang sederhana, tenang, dan berjiwa rakyat, beliau memperkenalkan dasar Islam Hadhari, yang menekankan pembangunan modal insan dan pentadbiran berasaskan nilai seorang muslim.
Salah satu prinsip Islam Hadhari yang sangat relevan hari ini ialah pengurusan harta secara bertanggungjawab.
______________________________________________________________________
KENAPA RAMAI ABAIKAN URUSAN PINDAH MILIK RUMAH?
Ramai dalam kalangan kita tinggal di rumah yang masih berdaftar atas nama arwah. Mungkin sebab rasa “nanti-nantilah” atau tak tahu nak mula dari mana. Tapi hakikatnya rumah yang belum dipindah milik boleh jadi beku- tak boleh dijual, tak boleh dibina semula, dan boleh jadi punca pertikaian waris.
RISIKO RUMAH MASIH NAMA ARWAH
Undang-undang Malaysia meletakkan hak ubah suai hanya kepada pemilik berdaftar dalam geran hartanah. Jika masih atas nama arwah, sebarang permohonan ke PBT akan ditolak. Ini bermakna anda tak boleh nak renovate dapur, naikkan pagar, tambah bilik atau mohon pelan ubahsuai secara sah.

❌Tak Layak Mohon Pinjaman Bank
Mengikut Kanun Tanah Negara, pemindahan hak milik hanya boleh dibuat oleh pemilik yang berdaftar dengan pejabat tanah. Kalau rumah masih atas nama arwah, proses perlu lalui pengesahan pusaka terlebih dahulu sebelum boleh tandatangan Borang 14A.
❌Risiko Perebutan Harta Antara Waris
Tanpa dokumen yang sah macam wasiat, hibah atau persetujuan antara waris, harta akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Ini boleh menimbulkan konflik, tuntutan mahkamah dan pergaduhan sesama ahli keluarga, lebih -lebih lagi jika ada waris tak setuju nak pindah atau jual.
❌Kena Bayar Penalti, Proses Lebih Lambat & Kos Meningkat
Mengikut seksyen 47, akta Setem 1949, pemindahan milikan harta perlu disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokument disiapkan. Jika lewat, penalti akan dikenakan antara RM25-RM100 ataupun lebih, bergantung pada jumlah nilai rumah dan tempoh kelewatan. Contohnya jika rumah bernilai RM300,000, jumlah penalti boleh jadi lebih daripada RM1000, jika lewat makan tahun.
APA ISLAM AJAR TENTANG AMANAH HARTA PUSAKA?
Harta pusaka adalah amanah. Lagi lama bertangguh, lagi besar kos, risiko dan beban yang perlu ditanggung oleh waris kemudian hari. Sebagaimana arwah Pak Lah menekankan intergriti dan nilai dalam kepimpinan, urusan harta pusaka juga perlu berteraskan tanggung jawab dan amanah.
1. Berapa lama proses pindah milik rumah arwah? Bergantung kepada sama ada ada dokumen seperti wasiat/harta sepencarian. Secara umum, proses ambil masa 3–6 bulan.
2. Siapa layak urus rumah atas nama arwah? Waris sah atau pemegang surat kuasa mentadbir harta.
3. Perlu ke ke mahkamah jika tiada wasiat? Ya, perlu mohon pengesahan pusaka melalui Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya bergantung kepada nilai harta.
Kami bantu dari mula sampai selesai dengan telus dan mudah
✅Urusan Pindah Milik Rumah
✅Perjanjian Pinjaman LPPSA / Bank
✅Dokumen Surat Kuasa, Wasiat, Hibah & Faraid
✅ Khidmat guaman profesional & mesra pelanggan
✅ Semua boleh urus secara online atau fizikal
Konsultasi pertama PERCUMA. Hubungi kami untuk mula proses pindah milik rumah pusaka anda.
Whatsapp : https://konsultasizufaidiassociate.wasap.my
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © Zufaidi & Associates. (1113654-T). All right reserved.